Code Apprentice

JOB DETAILS

🧑‍💻JAWATAN: CODE APPRENTICE (PERANTIS KOD)

Lokasi: Shah Alam, Seksyen 13
Syarikat: Aim Aerial Technologies Sdn Bhd
Bahagian: Pembangunan Sistem Web
Penyelia: Senior System Developer
Jenis: Sepenuh Masa / Latihan

Elaun: RM 1700 – RM 2000


🌟Penerangan Jawatan

  • Kami sedang mencari seorang Code Apprentice (Perantis Kod) — individu yang berminat mendalami pembangunan sistem web dari asas hingga ke tahap profesional.

  • Tidak perlu sijil atau kelulusan khas; yang penting ialah minat, kesungguhan, dan daya tahan untuk belajar.

  • Anda akan dibimbing secara langsung oleh Senior System Developer yang mempunyai lebih 13 tahun pengalaman dalam industri pembangunan sistem dan aplikasi.

  • Latihan ini bersifat praktikal dan berorientasikan projek sebenar — bukan teori semata-mata.


🛠️ Apa yang Anda Akan Belajar & Lakukan

  • Membantu membangunkan dan menambah baik sistem web sebenar (front-end & back-end).

  • Belajar dan menggunakan HTML, CSS, JavaScript, PHP (Laravel), Node.js, MySQL, dan Git.

  • Menyertai sesi code review, debugging, dan deployment sistem sebenar.

  • Memahami struktur sistem dari pelayan hingga antara muka pengguna.

  • Membantu dalam dokumentasi dan integrasi API.

  • Menghasilkan atau menulis kandungan dalam Rumi dan Jawi.


💪 Syarat Kelayakan

  • Boleh membaca dan menulis Jawi.

  • Tahan tekanan & teguran (tahan maki) — disiplin dalam dunia kod amat penting.

  • Semangat tinggi untuk belajar dan sanggup mencuba walaupun gagal.

  • Tiada pengalaman diperlukan, tapi mesti berani mencuba.

  • Disiplin masa, boleh bekerja dalam kumpulan kecil.


🎓 Apa Anda Akan Dapat

  • Bimbingan terus oleh Senior System Developer berpengalaman 13 tahun.

  • Pengalaman praktikal setaraf Sarjana dalam Kejuruteraan Perisian.

  • Peluang membina portfolio projek sebenar.

  • Pendedahan kepada dunia industri sebenar sistem web dan aplikasi.

  • Elaun asas (gaji tidak tinggi) — namun nilai ilmu sangat tinggi.


🚀 Peluang Masa Depan

Calon yang menunjukkan prestasi cemerlang akan berpeluang diserap ke jawatan Junior Developer atau dicalonkan ke projek syarikat lain.


📩 Cara Memohon

Hantarkan:

  • Pengenalan ringkas diri

  • Apa yang anda tahu atau pernah cuba dalam bidang kod

  • (Jika ada) Pautan GitHub

E-mel: support@aimaerial.com
Subjek: Permohonan Code Apprentice – [Nama Anda]