Junior Backend Developer

JOB DETAILS

🖥️ JAWATAN: JUNIOR BACKEND DEVELOPER

Lokasi: Shah Alam, Seksyen 13
Syarikat: Aim Aerial Technologies Sdn Bhd
Bahagian: Pembangunan Sistem Web
Jenis Jawatan: Sepenuh Masa
Julat Gaji: RM 2,800 – RM 3,800


🌟 Penerangan Jawatan

  • Kami sedang mencari seorang Junior Backend Developer yang bersemangat dan berpengetahuan luas dalam rangkaian (network setup), Laravel, PHP, serta pengurusan pangkalan data (DB).

  • Calon yang sesuai ialah mereka yang mempunyai asas kukuh dalam logik sistem, memahami konsep pelayan (server), dan mampu bekerja rapat dengan pasukan front-end serta pentadbir rangkaian.

  • Anda akan memainkan peranan penting dalam memastikan sistem web dan aplikasi berfungsi dengan stabil, selamat, dan pantas.


🧩 Tanggungjawab Utama

  • Membangunkan dan menyelenggara bahagian server-side aplikasi menggunakan PHP / Laravel Framework.

  • Reka dan urus struktur pangkalan data (MySQL / MariaDB / PostgreSQL) termasuk query optimization.

  • Mengendalikan konfigurasi dan penyediaan persekitaran pelayan (networking setup, firewall, domain, SSL, DNS, API endpoint).

  • Menyepadukan API dengan aplikasi pihak ketiga serta memastikan keselamatan data.
    Membantu proses debugging, testing, dan deployment ke pelayan sebenar.

  • Menghasilkan dokumentasi teknikal bagi setiap modul sistem.

  • Bekerjasama rapat dengan pasukan Front-End dan System Developer untuk integrasi penuh sistem.


🧠 Kelayakan & Kemahiran Diperlukan

  • Boleh membaca dan menulis Jawi.

  • Diploma / Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Perisian, Sains Komputer, atau bidang berkaitan.
    (Calon tanpa sijil formal tetapi mempunyai pengalaman teknikal yang kuat juga akan dipertimbangkan.)

  • Kemahiran dalam PHP, Laravel, MySQL / MariaDB, serta asas REST API.

  • Pengetahuan menyeluruh dalam network setup, Linux server, port configuration, dan IP management.

  • Asas kepada security practice seperti HTTPS, CORS, token-based authentication.

  • Boleh menggunakan Git / GitHub / GitLab untuk kawalan versi.

  • Mempunyai minat mendalam terhadap backend architecture, logic design, dan performance optimization.


💼 Kelebihan Tambahan (Bonus Points)

  • Pengalaman dengan Node.js, Redis, atau Docker.

  • Pengetahuan tentang server automation / CI-CD (GitHub Actions, Jenkins, dll).

  • Pengalaman asas dalam API documentation (Swagger, Postman).

  • Boleh menyelesaikan masalah secara analitik dan berfikir secara sistematik.


🎯 Apa Kami Tawarkan

  • Gaji antara RM2,800 – RM3,800 mengikut pengalaman dan kemahiran.

  • Bimbingan terus daripada Senior System Developer berpengalaman 13 tahun.

  • Peluang untuk terlibat dalam projek sebenar (production system).

  • Persekitaran kerja yang santai tetapi berpaksikan prestasi.

  • Laluan kenaikan ke jawatan Backend Developer (Mid-Level) selepas penilaian prestasi.


📩 Cara Memohon

Hantarkan:

  • CV / Resume terkini

  • Ringkasan pengalaman teknikal dan projek

  • Pautan GitHub atau portfolio kerja

  • Jangkaan gaji

E-mel: support@aimaerial.com
Subjek e-mel: Permohonan – Junior Backend Developer – [Nama Anda]